[ad_1]
Perodua Alza 2022 telah selamat dilancarkan pada pasaran Malaysia bulan lalu, namun kembarnya yang dengan brand Toyota iaitu Veloz masih belum diketahui bila akan rasmi masuk ke pasaran tempatan. Walau bagaimanapun, selepas mengumumkan tempahannya telah dibuka sehari selepas Perodua membuka tempahan untuk Alza, UMW Toyota telah pun mendedahkan hampir kesemua perincian berkenaan Veloz termasuk gambar luaran dan dalaman, spesifikasi, malah harga anggaran untuk MPV tujuh-tempat duduk ini.
Jadi serba sedikit, kita sudahpun boleh membandingkan spesifikasi Alza 2022 dan juga Veloz bagi membolehkan anda membuat pilihan sama ada anda mahukan MPV segmen-B tujuh-tempat duduk ini dengan brand Perodua atau brand Toyota.
Sekali lagi kami sebut, Alza dan Veloz dihasilkan dari platform pacuan hadapan Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang sama, serta berkongsi padanan enjin 2NR-VE 1.5 liter empat silinder NA berkuasa 106 PS pada 6,000 rpm dan 137 Nm pada 4,200 rpm bersama kotak gear D-CVT automatik. Sistem auto start-stop adalah customary untuk Alza dan Veloz.
Jadi kedua-dua mannequin ini juga menampilkan teknologi yang jauh lebih moden berbanding model-model generasi sebelumnya. Alza 2022 ini menggantikan Alza generasi pertama yang merupakan mannequin rebagde dari Daihatsu Boon Luminas/Toyota Passo Sette yang dijual di Jepun bermula tahun 2008. Manakala untuk Veloz, ia menggantikan Avanza yang sebelum ini masih menggunakan casis ladder body pacuan roda belakang.
Walau bagaimanapun, ini bukan bermakna Alza adalah mannequin rebadge dari Veloz, kerana pembinaan awal kembar MPV ini termasuk Daihatsu Xenia dilakukan bersama oleh jurutera dari ketiga-tiga jenama, kemudian disudahkan mengikut spesifikasi dan rekaan tersendiri bagi setiap jenama. Perincian berkenaan aspek ini anda boleh baca pada artikel di PAUTAN INI.
Bagi Veloz pasaran Malaysia, ia turut diproduksi di kilang Perodua di Sungai Choh, Rawang bersama Alza sama seperti Toyota Rush dan Perodua Aruz sebelum ini. Malah baru-baru ini, sebuah trak pengangkut yang membawa Toyota Veloz untuk ke bilik pameran dilihat berhampiran kilang Perodua di Rawang.
Namun untuk harga, Alza dan Veloz masing-masing tampil dengan angka yang cukup berbeza. Perodua Alza ditawarkan dalam tiga varian, bermula Alza 1.5 X dijual pada harga RM62,500, Alza 1.5 H dijual pada harga RM68,000 dan varian tertinggi Alza 1.5 AV berharga RM75,500. Manakala untuk Veloz, hanya satu varian ditawarkan, dan bakal dijual pada harga anggaran RM95,000.
Jadi antara varian tertinggi Alza AV dan juga Toyota Veloz, beza harga kedua-duanya mencecah hampir RM20k. Berbaloi ke untuk anda mendapatkan sebuah MPV dengan platform dan juga enjin serta kotak gear yang sama, tetapi berbeza rupa dan spesifikasi serta brand untuk perbezaan harga berkenaan? Pada artikel ini kami akan menyenaraikan perbezaan antara Alza dan Veloz, dan sama ada berbaloi atau tidak anda buatlah penilaian sendiri.
Kita mulakan dari bahagian luaran. Pada asasnya, Alza dan Veloz menampilkan rupa asas yang sama – ia termasuk profil sisi serta kluster lampu hadapan dan belakang. Namun pada bahagian muka, kedua-duanya tampil dengan identiti tersendiri. Alza mengenakan penggayaan signatur terkini Perodua iaitu rekaan yang membuatkan muka seakan menonjolkan abjad-X seperti Myvi facelift dan Ativa, bersama gril utama berbentuk seperti mangkuk serta elemen berbentuk ‘L’.
Manakala Veloz pula diberikan gril berbentuk heksagon bersama elemen berbentuk ‘Y’. Pada kedua-dua bahagian sisi bampar, Veloz menerima perumah lampu kabus dengan kemasan perak berbentuk-T. Veloz pasaran Malaysia ini juga sebenarnya diberikan lampu kabus LED jalur melintang berbanding bentuk bulat untuk Veloz pasaran Indonesia dan Thailand.
Kluster lampu hadapan LED Alza dan Veloz mempunyai bentuk yang serupa, namun perincian dan grafik dalaman antara kedua-duanya adalah berbeza. Untuk Veloz, ia datang customary dengan lampu nyalaan siang LED bina dalam pada lampu berkenaan, tetapi untuk Alza ia adalah ciri opsyen yang boleh pembeli dapatkan menerusi aksesori GearUp.
Veloz juga menerima jalur krom pada hujung bonet serta pada bahagian ‘kening’ yang menghubungkan kedua-dua lampu hadapan berkenaan, dan jalur tersebut terus bersambung sehingga ke fender, serta bersambung sehingga kebahagian tingkap paling belakang. Alza AV turut menerima jalur krom yang sama, tetapi ia hanya bermula dari tiang-A sehingga kebelakang dan tidak bersambung dengan fender dan lampu hadapan.
Alza dan Veloz juga sebenarnya menerima tetapan suspensi yang berbeza, terutamanya pada aspek jarak kelegaan tanah. Perodua memilih untuk menjadikan Alza lebih seperti kereta biasa, dengan menampilkan jarak kelegaan tanah 160 mm untuk varian H dan AV, manakala Alza X adalah lebih rendah dengan hanya 150 mm. Sebagai perbandingan, Alza generasi pertama menampilkan jarak kelegaan tanah 155 mm.
Dengan badan yang rendah ini memberikan kelebihan kepada Alza dari segi praktikaliti kerana anda akan lebih mudah untuk memasukkan barang yang berat ke bahagian however belakang, serta memudahkan kanak-kanak dan juga warga emas untuk masuk ke kabin.
Manakala untuk Veloz pasaran Malaysia, baru-baru ini UMW Toyota mendedahkan bahawa MPV berkenaan menampilkan jarak kelegaan tanah 190 mm, atau 30 mm lebih tinggi dari Alza. Menurut UMW Toyota dalam hantaran Fb yang dibuat, dengan jarak kelegaan tanah yang lebih tinggi ini anda “tidak perlu risau akan kerosakan yang berlaku pada bawah badan ketika melalui permukaan jalan yang lasak, bonggol atau lubang.”
Namun sebenarnya Veloz pasaran Malaysia ini adalah lebih rendah berbanding Veloz pasaran Indonesia yang diberikan jarak kelegaan tanah 205 mm yang sama seperti Mitsubishi Xpander. Mannequin-model MPV mampu milik pada pasaran berkenaan sememangnya direka dengan jarak kelegaan tanah yang tinggi bagi disesuaikan dengan permukaan jalan di negara tersebut, terutamanya di kawasan pedalaman. Sebagai perbandingan, jarak kelegaan tanah untuk Aruz dan Rush adalah 220 mm.
Bukan sahaja lebih tinggi, Veloz sebenarnya turut diberikan perincian bagi menampakkan ia lebih lasak seperti SUV. MPV dengan lencana Toyota ini menerima rel bumbung (tiada pada Alza), skid plate pada bampar hadapan dan belakang serta skirt sisi tanpa semburan warna bagi menampakkannya seperti kemasan pelindung bawah badan.
Malah jika anda perhatikan dengan lebih teliti, kesemua fender Veloz menerima garis yang membuatkan ia lebih menonjol dan kelihatan lebih lasak dari Alza – ini akan membuatkan anda sukar untuk melakukan transformasi dari sebuah Alza kepada Veloz kerana ia membabitkan perbezaan permukaan pada pintu dan juga panel badan. Juga, Veloz sebenarnya tidak dijual di Jepun, jadi untuk mendapatkan aksesori bukanlah semudah anda melakukan proses convert dari Ativa kepada Toyota Raize mahupun Daihatsu Rocky.
Dengan equipment penggayaan ala-SUV ini turut membuatkan dimensi Veloz lebih besar dengan panjang 4,474 mm dan lebar 1,750 mm, atau 50 mm lebih panjang serta 20 mm lebih lebar dari Alza. Manakala untuk lampu belakang, kedua-dua MPV ini menampilkan lampu utama yang sama tetapi dibezakan dengan panel lampu yang merentangi pintu hatch belakang – bar lampu Veloz lebih panjang dan bersambung terus dengan brand ‘T’ di tengah, sementara bar lampu Alza adalah lebih pendek dan tidak bersentuh dengan brand ‘P’ di tengah.
Selain itu, Veloz turut menerima set rim aloi 17-inci pelbagai jejari dengan kemasan dua-tona yang lebih besar dari rim aloi dua-tona Alza AV yang hanya berdiameter 16-inci. Untuk pembeli Veloz yang memilih warna badan Silver Metallic dan Blue Metallic, anda turut ditawarkan dengan opsyen bumbung yang disembur warna hitam berkilat dengan tambahan bayaran RM1,300. Pilihan ini bukan sahaja tidak ditawarkan pada Alza, malah turut tidak ada pada Veloz pasaran Indonesia dan Thailand.
Masuk ke kabin, rekabentuk utama papan pemuka Veloz dan Alza AV adalah hampir sama, dengan kedua-duanya skrin infotainmen 9.0-inci yang berdiri sendiri di bahagian tengah. Namun untuk sistem infotainmen berkenaan, Alza hanya diberikan fungsi Android Auto yang perlu dihubungkan dengan wayar, manakala untuk Veloz ia lengkap bersama Android Auto dan Apple Carplay, dan hubungnnya boleh dibuat tanpa wayar serta menerima pengecas telefon pintar tanpa wayar Qi dengan pad diletakkan di belakang tuil penukar gear.
Kedua-dua Veloz dan Alza AV menerima sistem pendingin hawa zon tunggal, tetapi masing-masing diberikan suis kawalan digital berlainan. Pada Veloz suis putar pada bahagian kiri dan kanan serta diberikan fungsi auto, manakala Alza menerima panel suis yang sama dengan Ativa – tidak mempunyai fungsi auto tetapi diberikan dua tetapan memori.
Unit skrin instrumen digital sepenuhnya dan juga roda setereng Veloz dan Alza AV adalah sama. Kedua-dua komponen ini sebenarnya bukan dikongsi bersama Veloz dan Alza sahaja, malah ia turut dikongsi dengan model-model platform DNGA lain seperti Ativa, Rocky dan juga Raize.
Walaupun dilihat menggunakan roda stereng yang serupa, Veloz dan Alza nampaknya diberikan kolum stereng yang berbeza. Ini kerana kedudukan roda stereng pada Veloz boleh dilaras atas-bawah serta teleskopik (hadapan dan belakang), manakala roda stereng Alza hanya boleh dilaras atas-bawah sahaja.
Untuk tema kemasan dalaman, Veloz diberikan warna dua-tona hitam dan kelabu cerah, manakala Alza AV pula tampil dengan warna dua-tona hitam dan merah gelap. Kedua-duanya diberikan perapi-perapi hitam dan perak pada bahagian tertentu, tetapi hanya Veloz yang menerima lampu suasana berwarna biru pada konsol tengah dan juga panel pintu. Rekaan panel pintu antara Veloz dan Alza juga dilihat berbeza, terutamanya pada bahagian pembuka dan pemegang pintu.
Bagi upholsteri, Veloz menerima balutan kulit sepenuhnya pada tempat duduk, manakala untuk Alza AV ia hanya diberikan balutan separa kulit separa fabrik. Namun untuk Alza, ia turut menerima serlahan merah gelap pada tempat duduk berkenaan bagi disesuaikan dengan tema dua-tona keseluruhan, sementara balutan kulit pada Veloz adalah hitam sepenuhnya.
Alza menerima tiga mod pemanduan iaitu Regular, Eco dan Energy yang boleh dipilih menerusi butang ‘DRIVE’ pada jejari kanan roda stereng – Toyota masih belum mengesahkan sama ada fungsi yang sama akan diberikan pada Veloz atau tidak, namun kami jangkakan pasti turut diberikan.
Perodua sebelum ini sudahpun mengumumkan bahawa Alza mencapai penggunaan bahan api pada kadar 22 km/l menerusi ujian Kitaran Pemanduan Malaysia (MDC), atau 18.9 km/l untuk customary NEDC yang lebih world. Toyota masih belum mengumumkan sebarang angka yang aspek yang sama untuk Veloz, tetapi tidak mustahil penggunaan bahan apinya akan sedikit tinggi kerana ia dibekalkan dengan pelbagai perincian tambahan yang lebih berat serta menggunakan set roda yang lebih besar.
Untuk keselamatan, Alza didatangkan customary dengan enam-beg udara, serta sistem bantuan pemanduan Superior Security Help (ASA) 3.0, yang memberikan fungsi Amaran Pelanggaran Hadapan (PCW, kenderaan 4-120 km/j, pejalan kaki 4-60 km/j), Brek Pra-pelanggaran (PCB atau brek kecemasan automatik, kenderaan 4-120 km/j, pejalan kaki 4-60 km/j), Amaran Pergerakan Hadapan dan juga Kawalan Salah Operasi Pedal.
Bagi Alza AV, ia turut ditambah dengan sistem bantuan pemanduan autonomi termasuk Amaran dan Pengeleka Keluar Lorong, Kawalan Kekal Lorong serta cruise management adaptif yang turut boleh beroperasi ketika kesesakan jalan raya yang digelar “fungsi Cease, Maintain/Comply with”, yang biasanya dikenalki sebagai low-speed observe atau bantuan kesesakan trafik.
Dijangka kesemua kelengkapan dan fungsi kelengkapan keselamatan ini akan tampil pada Veloz, dan ia dijenamakan semula menggunakan nama Toyota Security Sense.
Jadi apa pandangan anda terhadap dua kembar MPV ini? Adakah berbaloi dan kena pada harganya dengan beza RM20k tersebut? Katalah kedua-duanya dijual pada harga yang sama, mana yang lebih cantik pada pandangan anda? Kongsikannya pendapat anda pada ruang komen di bawah atau pada ruang komen laman sosial kami.
GALERI: Toyota Veloz pasaran Malaysia
GALERI: Perodua Alza 2022 1.5L AV
Kijangwin is your brand-new go-to destination for all things internet gaming. Whether you're an informal…
Hey there, fashion enthusiasts! Are you ready to dive into the world of trendy clothes…
Hey there! If you're reading this, there's a good chance you've found yourself in the…
Hey there, hemp enthusiasts! If you've been on the hunt for the next big thing…
Hey there! Have you ever found yourself tangled up in the world of communication and…
Are you worried that hidden critters might derail your home sale? Selling a house can…