Kia Carnival 2022 CKD diperkenal di Malaysia — tiga varian, 7 dan 8-tempat duduk dan ADAS, dari RM231k
[ad_1]
Dinamikjaya Motors, sebuah anak syarikat milik sepenuhnya Bermaz Auto kini memperkenalkan MPV Kia Carnival 2022 generasi keempat versi pemasangan tempatan (CKD) untuk pasaran Malaysia. Sebelum ini, mannequin sama dalam versi CBU pula telah dijual sejak Januari lalu.
Berbeza dengan mannequin CBU yang datang dengan konfigurasi 11-tempat duduk, mannequin CKD terbaru ini sebaliknya ditawarkan dalam konfigurasi tujuh atau lapan-tempat duduk. Semua sekali ada tiga varian ditawarkan, dengan varian 2.2D 8-tempat duduk dijual pada RM231,229 atas jalan tidak termasuk insurans; 2.2D 8-tempat duduk Excessive pada RM247,229; dan 2.2D 7-tempat duduk Excessive dengan harga RM261,229. Semua harga ini termasuk SST.
Harga berkenaan bagaimanapun lebih tinggi berbanding mannequin CBU 11-tempat duduk, yang ditawarkan dengan harga permulaan lebih rendah, RM196,341. Ini kerana dengan bilangan tempat duduk yang banyak itu membolehkan mannequin CBU berkenaan diklasifikasi sebagai kenderaan komersial, dan menikmati kadar cukai lebih rendah.
Dari segi rekaan luaran, hanya ada sedikit perkara yang membezakan antara mannequin 11-tempat duduk dengan tiga varian terbaru ini. Pertama, bagi dua varian paling tinggi, ia dilengkapi dengan sunroof pada bahagian bumbungnya, menandakan ini mannequin yang lebih premium. Kedua ialah bahagian rekaan lampu melintang di belakang, yang menghubungkan lampu di kira dan kanannya; kini ia turut dilengkapi dengan jalur LED.
Bagaimanapun, enjin yang digunakan tetap sama untuk semua varian dan konfigurasi kerusi, iaitu unit 2.2 liter Smartstream 2.2D empat-silinder turbodiesel, yang menjana sebanyak 199 hp pada 3,800 rpm dan 440 Nm tork dari 1,750-2,750 rpm. Pacuan ke roda depan melalui transmisi automatik lapan-kelajuan, memberikan kadar penggunaan minyak 6.5 l/100 km dalam kitaran NEDC.
Untuk mengimbangi kenaikan harga yang terlibat, versi tujuh dan lapan-tempat duduk ini menyediakan ruang kabin lebih luas dan sususan kerusi yang lebih kepelbagaian. Versi lapan-tempat duduk yang lebih murah misalnya menghapuskan satu baris kerusi dan mengubah konfigurasi biasa 2-3-3-3 kepada 2-3-3 sahaja.
Ini membolehkan rekaan kerusi yang berbeza digunakan untuk memberi lebih keselesaan, dengan tiga kerusi saiz penuh di barisan kedua — yang dipasang dengan tali keledar tiga-poin dan bukan lagi tali keledar pangkal peha. Sama seperti mannequin 11-tempat duduk, kerusi di tengah boleh dilipat untuk dijadikan meja (dengan ruang cawan tersedia), walaupun ia boleh dilipat dan disimpan di tepi. Semua kerusi boleh dialih — seperti kerusi barisan kedua — dan boleh dilipat 180-darjah untuk menghadap kerusi barisan ketiga secara berdepan.
Ketiga-tiga kerusi di barisan kedua boleh diluncur dan direbahkan secara individu, dan lebih penting, kerusi di tengah juga boleh dipasangkan kerusi kanak-kanak Isofix. Ini bermaksud, walaupun mempunyai kurang kerusi berbanding mannequin 11-tempat duduk, mannequin lapan tempat-duduk ini boleh dipasangkan tiga lagi kerusi keselamatan kanak-kanak (semuanya boleh memuatkan lima kerusi).
Versi tujuh-tempat duduk kurang kerusi tengah, sebaliknya menerima kerusi kapten yang lebih mewah untuk barisan kedua. Kerusi rehat premium ini tidak hanya nampak lebih padat dan gebu, yang hadir dengan perehat lengan dan kerusi larasan kuasa untuk penyandar dan ketinggian. Ia juga boleh di tolak ke depan secara guide.
Kedua-dua versi CKD ini memberikan tambahan ruang untuk barangan — dengan 627 liter, dengan kerusi barisan terakhir boleh dilipat dalam nisbah 60:40. Dengan melipat kerusi ini dengan rata, ia akan memberikan pertambahan ruang sebanyak 2,785 liter lagi.
Kelengkapan lain yang ada termasuk tujuh slot USB Sort-A (satu untuk information, dua untuk pengecas di depan dan dua lagi di belakang kerusi depan, dengan dua lagi di tepi kabin untuk barisan ketiga), dua ruang cawan untuk barisan kedua dan empat ruang cawan untuk barisan ketiga. Kawalan pendingin tiga-zon juga tersedia, dengan kawalan di barisan akhir terletak di bahagian kanan bumbung barisan kedua; dengan udaranya keluar dari saluran di bumbung untuk barisan belakang berkenaan.
Walaupun dengan kelengkapan yang lebih banyak, Carnival CKD tampil hampir sama dengan mannequin CBU. Ia lengkap dengan lampu utama LED automatik yang bersambung dengan gril, rim 18-inci jejari-Y dengan dua tona serta landasan bumbung warna perak. Perbezaan yang dapat dilihat hanyalah lampu belakang kini LED sepenuhnya, dalam kelebaran penuh.
Di dalam, mannequin CKD datang dengan sistem bunyi Bose 12-pembesar suara sebagai normal. Ia juga dilengkapi dengan paparan instrumen digital 12.3-inci, mungkin hanya untuk versi Excessive, (versi CBU datang dengan tuil analog dan paparan multi-info 4.2-inci), walaupun skrin sentuh intotainmen 12.3-inci terus ditawarkan untuk semua.
Selebihnya kelengkapan yang ada adalah sama dengan mannequin CBU. Ini termasuklah sistem tanpa kunci, butang Push Begin, kerusi depan larasan kuasa lapan-hala, balutan kemasan kulit buatan, pengecas tanpa wayar Qi, penghadang matahari guide untuk pintu gelungsur dan tingkap sisi belakang serta pintu gelungsur dan pintu barangan bebas kendalian tangan.
Bagi varian Excessive pula, ia datang dengan dua sunroof, memori untuk kerusi pemandu dan liang udara dan pemanas untuk kerusi depan, dengan versi tujuh-tempat duduk lengkap dengan kerusi balutan kulit. Dari segi keselamatan, semua mannequin diberikan tujuh beg-udara, kawalan kestabilan, peninjau titik buta, amaran lintasan trafik belakang dan pengingat kerusi belakang dengan sensor ultrasonik untuk mengesan penumpang di belakang.
Berbeza dengan versi CBU, varian Excessive datang dengan senarai kelengkapan lebih menarik seperti kluster instrumen digital, bumbung boleh buka larasan elektrik, susunan kerusi lebih pelbagai dan paling penting senaran ciri keselamatannya.
Dua varian teratas turut dilengkapi sistem keselamatan aktif (ADAS), termasuklah ciri seperti Excessive Beam Help, Blind-Spot Collision Warning, Blind-Spot Collision-Avoidance Help, Blind-Spot View Monitor, Rear Cross-Site visitors Collision-Avoidance Help, Lane Conserving Help, Driver Consideration Warning, Ahead Collision-Avoidance Help (AEB) dengan sokongan belokan di simpang, Lane Following Help serta Sensible Cruise Management (ACC).
Pilihan warna untuk mannequin CKD ini terdiri daripada Astra Blue, Sonic Silver, Meteor Grey, Jet Black dan Snowflake White Pearl. Harga yang dinyatakan juga sudah termasuk dengan jaminan lima-tahun/100 km dan pakej servis.
[ad_2]
Source link