Perodua Ativa Hybrid – ditawar hanya untuk dilanggan, RM500 sebulan, percubaan 5-tahun, hanya 300 unit
[ad_1]
Minggu lalu Perodua Ativa Hybrid telah dikesan di Malaysia, di bawa oleh sebuah lori pengangkut. Kami difahamkan Perodua telah menawarkan unit-unit Ativa Hybrid yang hanya berjumlah 300-unit berkenaan kepada pelanggan terpilih menerusi pakej langganan.
Menurut sumber yang dipercayai dalam jaringan Perodua, syarikat berkenaan telah menghubungi pelanggan-pelanggan yang berpotensi menerusi sistem pesanan ringkas (SMS). Mesej tersebut akan membawa pelanggan yang dihubungi berkenaan kepada borang atas talian untuk meninjau minat mereka bagi mencuba Ativa Hybrid tersebut tetapi bukan dengan cara pemilikan yang konvensional.
Bukan semua pengedar Perodua yang akan terbabit dengan program istimewa ini – menurut sumber itu, ia hanya membabitkan pengedar di Lembah Klang serta dua cawangan di kawasan Utara dan dua lagi di kawasan Selatan semenanjung Malaysia.
Responden yang telah dihubungi oleh SMS tersebut akan diminta untuk berurusan dengan bilik pameran Perodua yang mereka boleh pilih menerusi pilihan yang Perodua sediakan termasuk outlet di Klang, Kuala Lumpur, Kajang, Glenmarie, Putrajaya, Balakong, Ampang dan fasiliti flagship Perodua Sentral di Petaling Jaya.
Bagi menyertai program langganan ini, pelanggan perlu membayar yuran permulaan berjumlah RM2,150, diikuti dengan bayaran bulanan berjumlah RM500. Kontrak langganan ini memerlukan pelanggan menyertai program tersebut selama lima tahun, dan kereta yang diberikan hanya dibenarkan bergerak sejauh 100,000 km dalam tempoh berkenaan.
Setiap Ativa Hybrid yang diserahkan kepada pelanggan berkenaan turut akan dilengkapi dengan pengesan GPS untuk tujuan penyelidikan, kata sumber tersebut. Dan kesemua unit yang disewa dengan bayaran RM500 sebulan itu perlu diserahkan kembali kepada Perodua apabila tamat tempoh program langganan ini.
Perodua Ativa Hybrid mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan kembarnya di pasaran Jepun iaitu Daihatsu Rocky Hybrid. Malah Perodua sudah pun dilihat menguji Rocky Hybrid berkenaan di Malaysia pada bulan Oktober tahun lalu, sebulan sebelum Daihatsu Rocky Hybrid tersebut dilancarkan secara rasmi di Jepun pada awal November 2021.
Presiden dan CEO Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad memaklumkan kepada media ketika acara pratonton Perodua Myvi 2022 pada 16 November lalu bahawa unit ujian Daihatsu Rocky Hybrid tersebut berada di jalanraya tempatan untuk tujuan penilaian dan kajian, dengan perincian lanjutnya akan didedahkan bila tiba waktu yang sesuai.
Beliau turut menambah yang kajian pasaran bagi mannequin hibrid melibatkan kedua-dua sisi pelanggan dan juga kawal selia. “Kami menjalankan kajian pasaran, meninjau sejauh mana penerimaan pelanggan di Malaysia, takat harga yang boleh diterima serta untuk melihat sama ada mannequin hibrid kami mampu menepati peraturan dan keperluan badan kawal selia yang ada,” ujarnya ketika itu.
Unit Ativa Hybrid yang dilihat dibawa oleh lori pengangkut mendedahkan bahawa ia menggunakan bampar belakang dan juga set rim dengan rekaan yang sama dengan Daihatsu Rocky Hybrid, cuma dibezakan dengan emblem Perodua pada pintu hatch. Gambar berkenaan walau bagaimanapun tidak dapat memperlihatkan bahagian muka SUV tersebut, dan tidak mustahil ia mungkin turut menggunakan muka yang sama seperti Rocky.
Jadi ia dijangka menggunakan unit rangkaian kuasa yang sama dengan Rocky Hybrid iaitu sistem yang digelar sebagai e-Sensible Hybrid. Sistem dari Daihatsu ini tidak sama dengan sistem hibrid Toyota di mana ia sebenarnya adalah hibrid dari jenis vary extender. Menerusi sistem ini, enjin petrol yang dibekalkan hanya bertindak sebagai generator untuk mengecas bateri lithium ion, manakala roda hadapan adalah 100% dipacu oleh motor elektrik.
Untuk itu, Rocky Hybrid menerima enjin petrol WA-VEX 1.2 liter tiga-silinder kitaran Atkinson berkuasa 82 PS dan tork maksima 105 Nm. Manakala motor elektrik yang memacu roda hadapan pula menghasilkan kuasa 106 PS dan tork maksima 170 Nm bermula dari 0 rpm. Disebabkan hanya motor elektrik yang memacu roda seakan sebuah kenderaan elektrik (EV) sebenar, Rocky Hybrid turut menerima mod pemanduan “Sensible Pedal” yang membolehkan pemandu hanya menggunakan satu pedal untuk memandu sama seperti sistem e-Pedal pada Nissan Leaf.
Sistem ini juga jauh lebih ringkas dari sistem hibrid konvensional, dan memberikan penggunaan bahan api yang cukup rendah iaitu mencapai 3.6 liter setiap 100 km – ia bukan dikira berdasarkan kitaran NEDC, sebaliknya menerusi kitaran ujian WLTP yang jauh lebih ketat.
[ad_2]
Source link